Tuesday 29 November 2011

Liverpool Mara Kalahkan Chelsea

LONDON: Liverpool menempah tempat di peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeris apabila menewaskan Chelsea, 2-0 di Stamford Bridge, awal pagi tadi. 

Jaringan babak kedua menerusi Maxi Rodriguez dan Martin Kelly memastikan kemenangan bergaya anak buah Kenny Dalglish mengejutkan Chelsea di gelanggang sendiri.


Kemenangan itu juga menandakan Dalglish maju setapak lagi untuk membolot trofi kejuaraan sulungnya sejak mengambil alih tugas di Anfield.
Namun, kemelut pasukan Chelsea bimbingan Andre Villas-Boas semakin ketara sehingga ia boleh menggugat kedudukan pengurus Portugal itu di Stamford Bridge. 

Rodriguez meledak pada minit ke-58 yang sebelum ini turut menjaringkan gol pada pertemuan dengan Chelsea pada saingan Liga Perdana, sembilan hari lalu. 

Kelly pula memastikan kemenangan selesa Liverpool menerusi jaringannya pada minit ke-63 selepas Andy Carroll gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama. 

Kedua-dua gol hasil usaha Craig Bellamy yang kembali beraksi dalam barisan utama Liverpool selepas tidak diturunkan pada pertemuan dengan Manchester City, Ahad lalu. - AFP 
Sumber : BeritaHarian
Janji Comey : Janji Liverpool menang!!!yeah!